Pages

Tuesday 31 December 2013

Selamat Tahun Baru 2014

2014..
Tetap datang walau tak diundang. .
bersedia atau tidak..BOLOS saja dinding itu!!

2014..
Semua mengharapkan yang terbaik.. BERDOA agar harga material tak NAIK..tetap lupa berdoa NILAI maruah NAIK..

2014..
Kita Berdoa guna DUIT..NAIK ker TURUN..DUIT WAJIB ada!! Takda DUIT?? Bohong! !

Setiap org yang WARAS AKALnya ada DUIT!!

Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal. .

Hkcc spread ♡ Together


Stokis HKCC & CCFM  019-4642508
Perlis & Selangor

Wednesday 25 December 2013

Program Sukarelawan Masyarakat Islam Kemboja Siri 6/14 (April '14)

           

                                    

                                    

Wednesday 30 October 2013

Selesai Siri 5/13

Alhamdulillah Program Baktisiswa Masyarakat Islam Kemboja siri 5/13 telah berjaya dijalankan. Terima kasih kepada mereka yang mempercayai kami dalam menjalankan ibadah korban dan tidak lupa juga kepada mereka yang sudi bekerjasama dan memberi sumbangan kewangan, pakaian dan makanan.
Semoga usaha dan sumbangan kita untuk membantu saudara kita di sana tidak terhenti setakat ini sahaja.
Korban sebanyak 15 ekor. 3 ekor di Kampung Oosmait dan selebihnya di kampung-kampung sekitar Kemboja.
InsyaAllah sijil penyertaan akan diberikan kepada mereka yang menyertai ibadah korban.





Sunday 22 September 2013

Kebaikan Bersedekah

Di Dunia
♥ membersihkan harta.
♥ menyucikan diri dari dosa-dosa kecil.
♥ menjauhi diri dari bala & penyakit.
♥ mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin.
♥ Allah SWT akan memberkati harta kita & menambahkan rezeki yang kita tidak sangka-sangka.

Di Akhirat
♥ sedekah akan menjadi payung/pelindung di akhirat.
♥ sedekah akan meringankan kiraan hisab.
♥ sedekah akan menambahkan berat timbangan kebaikan.
♥ sedekah boleh mengangkat darjat di syurga .
♥ memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirat.

★BERSEDEKAH IBARAT PELABURAN JANGKA PANJANG★

Tuesday 27 August 2013

Bantuan Kilat

Assalam...
Sesiapa yg ingin membantu boleh hubungi :

Kapt Ahmad 019.4545418
Siti Nadjira 019.4642508

Semoga Allah SWT murahkan rezeki kita semua dan memberkati usaha ini...

* * * mengikut kadar bantuan oleh pembiaya terdahulu.

28/8/13 Alhamdulillah...kami dh bjaya dptkan pembiaya utk 8 pelajar..7 pelajar lagi msh memerlukan bantuan anda. Hanya RM 125 sebulan (yuran+lain), RM 120 setahun (visa). Thn ini adalah tahun terakhir pembelajaran mereka.

Sunday 16 June 2013

SAVE SYRIA !!! Jualan Amal :)

SAVE SYRIA !!!

Assalamualaikum wbt...
Semoga Allah SWT memberkati usaha saya ini...
Jualan Amal untuk Syria...saya ingin menjual koleksi novel saya...hasil jualan akan disalurkan kepada badan-badan yang menguruskan tabung kebajikan Syria..

Hubungi : Siti / Jijie  019-4642508

HARGA : RM 10.00 sebuah 










-SOLD-







Tuesday 4 June 2013

Umrah Ziarah Ramadhan 2013


PAKEJ UMRAH RAMADHAN 2013

 11/7/13 - 24/7/13
( 14 hari, 13 malam )

HARGA dari RM 6,200 !!!

Hubungi :
Kapt. Hj. Ahmad 
019-4545418

Sunday 17 February 2013

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KERANA MENJAYAKAN PROGRAM BAKTISISWA MASYARAKAT ISLAM KEMBOJA SIRI 4/2013


Alhamdulillah pihak kami telah menjayakan program ini pada 6 - 12 Februari 2013. Seramai 67 orang peserta yang terdiri dari pelajar dan Staf UiTM Perlis, Kedah, Puncak Alam dan Shah Alam (termasuk pegawai perubatan), ibubapa pelajar dan Alumni UiTM telah berkampung di Kg. Oosmait Wilayah Chnang Phnom Penh dimana kampung ini adalah kampung angkat bagi program ini
Aktiviti yang telah kami jayakan adalah :
  • Kenduri di kampung selama 3 hari 2 malam yang diurus sendiri oleh peserta program.
  • Program pendidikan untuk kanak-kanak.
  • Sukaneka.
  • Program kesihatan. Seramai 34 orang kanak-kanak telah dikhatankan oleh pegawai perubatan UiTM.
  • Lawatan ke rumah penduduk kampung. 
Sumbangan kewangan dari tuan puan telah kami salurkan untuk program ini. Berikut adalah senarai penerima sumbangan :
1. Sumbangan kepada 15 guru berjumlah RM 6,750.00
2. Sumbangan kepada 65 keluarga (setiap keluarga RM 100.00) berjumlah RM 6,500.00 
3. Sumbangan khas kepada 70 individu (seperti pelajar tahfiz, imam, bilal dll) 
  berjumlah RM 5,000.00 
4. Perbelanjaan kenduri di kampung (3 Hari 2 malam) berjumlah RM 4,950.00
5. Sumbangan kepada tabung Sekolah Agama Al-Nikmat Kg. Oosmait berjumlah RM 1,740.00
6. Sumbangan tabung Masjid Kg. Oosmait berjumlah RM 1,500.00
7. Sumbangan wakaf  Tanah Perkuburan Islam Kg. Oosmait berjumlah RM 2,100.00
8. Sumbangan PA System berjumlah RM 2,000.00

Dikesempatan ini pihak kami merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tuan puan serta penderma-penderma yang turut membantu menjayakan program ini. InsyaAllah program yang sama bagi siri 5 akan diadakan pada Oktober 2013. Seperti biasa program ini  terbuka kepada semua pelajar, ibubapa , alumni UiTM dan staf UiTM serta sesiapa yang berminat.

Bagi siri yang ke 5, kami memerlukan sumbangan untuk menjayakan aktiviti seperti berikut :
  • Ibadah Korban & Akikah
  • Menyediakan perigi 
  • Sumbangan kepada Guru Agama serta pelajar sekolah Agama Al-Nikmat.
Sumbangan dari tuan puan dalam perkara ini amat dialu-alukan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Kapt. (B) Hj. Ahmad Ismail-Pegawai Kokurikulum Kanan UiTM Perlis Tel: 019-4545418 

En. Mhd Nasri Md Saad Tel: 019-5177972

Pn. Siti Nadjira Hj. Ahmad 019-4642508

En. Shahzan Amir Hj. Abu Bakar Tel: 017-6348650

TERIMA KASIH















Pondok Sekolah Agama Al-Nikmat

Keadaan kelas di Sekolah Agama Al-Nikmat


Berjalan keliling kampung